- Cari maklumat tentang guru sebagai penyelidik
- Bentang dan bincangkan
- Kaitkan dengan pendidikan komputer
No. | Isi-isi | Keterangan | Contoh |
1 | Guru akan sentiasa memperbaiki pengajaran & pembelajaran (P&P) | Dalam pendidikan komputer, kaedah P&P mungkin berbeza. | Lebih banyak 'hands on' & aktiviti melibatkan penggunaan komputer. |
2 | Guru akan mendapat idea untuk mempelbagaikan kaedah & strategi P&P. | Dalam pendidikan komputer, komputer itu sendiri boleh digunakan sebagai media pengajaran / alat bantu mengajar | Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik |
3 | Penyelidikan dapat membantu guru untuk berperanan secara aktif dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. | Guru-guru dapat membantu pihak kerajaan dalam menggubal kurikulum pendidikan Malaysia dengan cara memberi pendapat & kritikan yang bernas. | Guru pendidikan komputer dapat mengetahui / mengkaji kaedah terbaik dalam pengajaran pengaturcaraan komputer dan berkongsi hasil dapatan kajian tersebut dengan pendidik lain bagi meningkatkan kaedah pengajaran pengaturcaraan. |
4 | Penyelidikan dapat membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. | Guru menerapkan kaedah P&P yang bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik. | Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek & sosial, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Dalam pengajaran subjek komputer perlu diterapkan dengan beberapa nilai murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai murni yang akan diterapkan adalah seperti: a) Berdikari b) Bekerjasama c) Tepati masa d) Sabar Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa aktiviti pengajaran pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti kumpulan melakukan proses membuka dan memasang komponen komputer serta mengenali fungsi perkakasan komputer , pelajar akan bekerjasama dan melakukan aktiviti yang ditetapkan dengan penuh minat dan sabar, disamping mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti. |
5 | Guru akan menjadi semakin peka terhadap persekitaran P&P. | Guru akan menggunakan pendekatan yang berbeza bagi setiap pelajarnya di dalam kelas, mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman penggunaan komputer yang berbeza. | Sebagai contoh dari segi literasi komputer, ada pelajar yang memang telah mahir menggunakan komputer kerana memang ada kemudahan komputer & internet di rumah, namun masih ada pelajar yang tiada mahir menggunakan komputer kerana tidak biasa menggunakannya & tiada kemudahan komputer di rumah. Guru juga boleh memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan cara mendidik pelajar-pelajar yang mahir tadi membantu rakan-rakan mereka yang kurang mahir di dalam penggunaan komputer. |
6 | Menanamkan sikap mengkaji & sentiasa ada rasa ingin tahu dalam diri guru. | Proses kajian akan dapat membentuk dan melahirkan guru yang berpandangan jauh, berfikiran matang, berfikir secara kritikal, berdaya saing, berpengetahuan luas, berketrampilan serta mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. | Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat , menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. |
7 | Hasil dapatan guru boleh dikongsi bersama guru-guru yang lain, dengan itu penambahbaikan terhasil melalui gabungan idea yang berbeza & bermutu. | | a) Membuat kajian untuk mengatasi kaedah P&P pengaturcaraan komputer yang tidak menarik minat pelajar. b) Mencari kaedah terbaik dalam P&P pengaturcraan komputer bagi memudahkan pemahaman pelajar. |
8 | Melalui penyelidikan, guru dapat menanamkan budaya membaca dalam diri. | Guru akan lebih peka dengan isu-isu semasa, berpandangan luas, lebih banyak membaca bahan-bahan ilmiah, suratkhabar dll. | - |
9 | Melalui penyelidikan, guru-guru akan lebih memahami & mendekati keperluan pembelajaran pelajar. | - | - |
10 | Guru akan sentiasa membuat refleksi pada setiap P&P yang dilakukan bagi mencari kelemahan yang perlu diatasi. | Guru berusaha sedaya-upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar & menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. | Guru mengaplikasikan teori-teori pembelajaran bagi membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku dalam diri pelajar-pelajar itu sendiri. |
No comments:
Post a Comment