Monday, October 4, 2010

Ulasan Jurnal - 3 Jurnal Kajian Kuantitatif

3 JURNAL KAJIAN KUANTITATIF
PERKARA
JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
Tajuk
Fundamentals of quantitative research
Writing a Quantitative Research Thesis
Perception of Young Adults On Online Games: Implications For Higher Education

Penulis

 Suphat Sukamolson, Ph.D.
H. Johnson Nenty
Liwen Chen, Tung-Liang Chen & Hsu-Kuan Jonathan Liu

Sumber
Language Institute
Chulalongkorn University
Int J Edu Sci, 1(1): 19-32 (2009)
TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology – July 2010, volume 9 Issue 3

Abstrak
Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk memperkenalkan beberapa konsep asas yang penting  berkaitan kajian kuantitatif. Artikel ini mengandungi jenis-jenis kajian, definisi kajian, perbezaan, kelebihan, pendekatan dan sampel kajian kuantitatif.

Artikel ini ditulis bertujuan untuk memberi panduan kepada penyelidik yang masih baru dalam menjalankan kajian dan menulis laporan kajian.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengengenal pasti dan mengkategorikan persepsi belia sebelum  penyelidik memperuntukkan sumber untuk mereka bentuk, membangun dan melaksanakan pembelajaran berasaskan permainan digital di institut pengajian tinggi di Taiwan.

Pengenalan
Tiada pengenalan, penyelidik terus masuk kepada isi perbincangan.

Tiada perenggan pengenalan tetapi penyelidik membahagikan artikel ini kepada lima bahagian utama iaitu Tajuk & Masalah Kajian, Tinjauan Literatur, Reka bentuk dan Metodologi Kajian, Analisis Data dan Interpretasi Dapatan, Perbincangan, Ringkasan, Kesimpulan dan Cadangan.

Di bahagian pengenalan, penyelidik menerangkan tentang permainan secara dalam talian dan kajian terdahulu berkaiatan pembelajaran berasaskan permainan digital di dalam media pembelajaran generasi akan datang.
Persoalan kajian
Tiada persoalan kajian dinyatakan kerana artikel adalah berbentuk kertas konsep.
Tiada persoalan kajian.
Persoalan kajian berkaitan pandangan pelajar university di Taiwan terhadap permaian dalam talian dan factor yang mempengaruhi mereka dalam memberikan sesuatu pandangan tersebut.

Kajian Kepustakaan
Tiada perenggan khas untuk kajian kepustakaan namun, penulis banyak mengaitkan kajiannya dengan kajian penyelidik terdahulu di sepanjang perbincangannya.

Tiada kajian kepustakaan kerana artikel hanya menerangkan panduan dalam menjalankan kajian dan menulis laporan kajian. Di bahagian kajian literatur, penyelidik menerangkan apakah yang perlu ada dalam penulisan literatur kajian.

Dalam artikel ini, penyelidik tidak banyak menceritakan tentang kajian-kajian terdahulu.
Metodologi Kajian
Tiada metodologi diterangkan kerana artikel berbentuk kertas konsep.

Tiada metodologi kajian tetapi  penyelidik menerangkan panduan dalam mereka bentuk dan memilih metodologi kajian.

Penyelidik menjalankan kajian tinjauan dan menggunakan instrumen kajian soal selidik bagi medapatkan data kajian. Seramai 30 responden yang terlibat dalam kajian ini, terdiri daripa apelajar universiti di Taiwan yang berumur di antara 19 hingga 25 tahun. Responden dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A, B dan C.

Dapatan Kajian / Kesimpulan
Dalam artikel ini, penyelidik membincangkan semua perkara asas berkaitan kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif adalah ini adalah kajian yang dijalankan bagi menjelaskan fenomena dengan cara mengumpul data kuantitatif yang kemudiannya akan dianalisis dengan menggunakan kaedah berasaskan matematik.

Artikel menerangkan dengan jelas langkah-langkah dalam menjalankan kajian kuantitatif. Penyelidik juga menerangkan topik-topik dan sub-topik yang perlu ada dalam laporan kajian kuantitatif.
Responden daripada Kumpulan A menolak pembelajaran berasaskan permainan, Kumpulan B menerima dan menyokong penggunaan permainan dalam pembelajaran manakala Kumpulan C berpendapat penggunaan permainan video mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri.

Rujukan
Ketiga-tiga artikel menggunakan pelbagai sumber rujukan terutama buku, jurnal dan sumber rujukan elektronik.

Rumusan
Kedua-dua artikel Jurnal 1 dan 2 ditulis dengan begitu tersusun dan dapat memberi pembaca idea asas dan kefahaman yang jelas berkaitan kajian kuantitatif.  Kedua-dua artikel ini dapat memberi gambaran dan panduan umum dalam menjalankan kajian kuatitatif serta menulis laporannya manakala artikel Jurnal 3 merupakan contoh aplikasi kajian kuantitatif yang dijalankan berkaitan pembelajaran berasaskan permainan digital secara dalam talian.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment