Monday, October 4, 2010

Ulasan Jurnal - 3 Jurnal Kajian Pembangunan / Pembinaan


3 JURNAL KAJIAN PEMBANGUNAN / PEMBINAAN
PERKARA
JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
Tajuk
Systematic Multimedia Courseware Development Using A Software Engineering Style Process Model

A Distributed Online Curriculum and Courseware Development Model
Higher Education E-Learning Courseware: Pedagogical-Based Design and Development
Penulis
T. S. K Homeed & A. Mahmood
Pinar Onay Durdu, Nese Yalabik & Kursat Cagiltay

Jintavee Monsakul, Ed.D.
Sumber
Information Technology Journal 5 (4): 726 – 734, 2006
Educational Technology & Society, 12 (1), 230–248.
Fifth International Conference on eLearning for Knowledge-Based Society, December 11-12, 2008, Bangkok, Thailand.

Abstrak
Kajian ini bertujuan mempersembahkan model proses kejuruteraan satu perisian kursus multimedia. Model yang dicadangkan adalah diadaptasi daripada Model Spiral. Dalam kajian ini, setiap fasa dan aktiviti dalam model dibincangkan. Pengkaji turut membincangkan metodologi dalam memastikan kualiti perisian kursus tersebut dan mengaitkannya dengan proses pembangunan.

Dalam kajian ini, model pembangunan perisian kursus dan kurikulum dalam talian (DONC2) dibangunkan dan diuji. Dalam pembangunan perisian ini, ciri-ciri yang sama dalam reka bentuk instruksi dan kejuruteraan perisian digabungkan.



Menurut penyelidik, dalam membangunkan sesebuah perisian e-pembelajaran yang berkesan di peringkat institusi pengajian tinggi, terdapat 2 fasa utama iaitu: fasa reka bentuk melibatkan 3 teori e-pembelajaran yang utama iaitu behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Ia juga melibatkan aspek pedagogi seperti yang dicadangkan oleh Chickering & Gamson’s iaitu 7 prinsip amalan baik di IPT serta 9 perkara dalam instruksi oleh Gagne’s. Kedua, dalam fasa pembangunan, satu perisian kursus dianggap sebagai e-kuliah bagi menggantikan kaedah tradisional.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjelaskan beberapa model dalam reka bentuk perisian kursus berdasarkan kepada teori pembelajaran dan aspek pedagogi. Kedua, penyelidik menunjukkan proses pembangunan perisian serta

Pengenalan
Dalam pengenalan, penyelidik menjelaskan kaedah pendidikan secara jarak jauh dan kaedah tradisional. Penyelidik turut menerangkan adaptasi model spiral yang digunakan. Setiap fasa diterangkan dengan jelas oleh penyelidik seperti perancangan, analisis keperluan perisian kursus,
reka bentuk perisian, pembangunan & pengujian dan menerima maklum balas.

Di bahagian pengenalan, penyelidik menerangkan secara ringkas konsep persekitaran pembelajaran secara maya. Penyelidik turut menjelaskan konsep beberapa model ID seperti model ADDIE & model Rapid Prototyping, kaedah agile, Adaptive Software Development (ASD) dan isu / penekanan terhadap aspek interaksi manusia-mesin (HCI) dalam perisianyang dibangunkan.
Tiada perenggan pengenalan tetapi penyelidik memulakan artikel dengan penerangan prinsip dalam reka bentuk dan pembangunan perisian kursus yang berkesan, elemen utama dalam e-pembelajaran, reka bentuk dan pembangunan perisian kursus berasaskan pedagogi dan penyelidik mengakhiri artikel dengan penerangan membincangkan beberapa contoh perisian kursus e-pembelajaran sedia ada di pasaran.
Persoalan kajian
Tiada persoalan kajian.
Tiada persoalan kajian.
Tiada persoalan kajian kerana artikel berbentuk kertas konsep.

Kajian Kepustakaan
Penulis banyak merujuk kepada contoh-contoh kajian lepas bagi menyokong hujah dan kajiannya.

Tiada perenggan khas untuk kajian kepustakaan namun, penulis banyak merujuk kepada contoh-contoh kajian lepas bagi menyokong hujah dan kajiannya. Penulis juga mengaitkan kajian terdahulu dengan kajian yang beliau jalankan.

Tiada perenggan khas untuk kajian kepustakaan namun, penulis banyak merujuk kepada contoh-contoh kajian lepas bagi menyokong hujah dan kajiannya. Penulis juga mengaitkan kajian terdahulu dengan kajian yang beliau jalankan.

Metodologi Kajian
Tiada metodologi kajian kerana artikel yang dikemukakan lebih berbentuk kertas konsep. Tiada kajian penyelidikan dijalankan sebaliknya kajian lebih kepada kajian pembangunan / pembinaan perisian kursus.

Kajian ini dijalankan sebagai kajian kes terkumpul. Model ini menggunakan pendekatan pembangunan perisian agile dan iterative incremental bagi mengatasi kekurangan pendekatan pembangunan lain yang lebih linear. Ini membolehkan penyelidik menghasilkan produk yang berkualiti dalam masa yang singkat. Penyelidik turut memastikan terdapat komunikasi yang berterusan, penilaian dan maklum balas, pengurusan projek yang baik serta kesediaan perisian tersebut untuk disesuaikan dengan sebarang perubahan.

Tiada metodologi kajian kerana artikel yang dikemukakan lebih berbentuk kertas konsep. Tiada kajian penyelidikan dijalankan sebaliknya kajian lebih kepada penerangan proses pembangunan perisian kursus.
Dapatan Kajian
Sebuah model proses kejuruteraan satu perisian kursus multimedia dihasilkan.

Satu model pembangunan perisian kursus dan kurikulum dalam talian (DONC2) dibangunkan dan diuji. Dalam pembangunan perisian ini, ciri-ciri yang sama dalam reka bentuk instruksi dan kejuruteraan perisian digabungkan.

Tiada dapatan kajian kerana kajian berbentuk kertas konsep.
Rujukan
Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Rumusan
Dalam kajian ini, penyelidik mempersembahkan model proses pembangunan perisian kursus multimedia dan pelbagai aktiviti yang perlu diberi penekanan dalam membangunkan dan menggunakan perisisan kursus multimedia dalam paradigma pembelajaran jarak jauh. Daripada perbincangan penulis, jelas bahawa proses memastikan kualiti perisian adalah aktiviti paling penting yang perlu dijalankan sepanjang proses pembangunan perisian dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pemeriksaan, menilai semula, prototaip, ujian pra dan pos.

Dalam membangunkan sesebuah perisian kursus, pelbagai komponen perlu diambil kira bagi memastikan perisian yang akan dibangunkan berkualiti dan menjimatkan kos. Perisian yang dibangunkan juga seharusnya fleksibel, agar ia dapat disesuaikan mengikut keadaan / persekitaran pembelajaran pelajar. 
Dalam membangunkan sesuatu perisian kursus pembelajaran, selain aspek teknikal, kita juga perlu mengambil kira aspek pedagogi, teori pembelajaran, dan prinsip-prinsip lain yang berguna bagi memastikan perisian yang benar-benar berkualiti dapat dihasilkan.

No comments:

Post a Comment